29 February, 2012

❤ jANGaN TAU❤

ASSALAMUALAIKUM..




‎-❤-JANGAN bermanja pada yang tak halal..
-❤-JANGAN bercerita pada yang tak amanah..
-❤-JANGAN paksa pada yang tak setia..
-❤-JANGAN ungkit pada yang tak menghargai..
-❤-JANGAN benci pada yang tak mengerti..



salam cinta

wAnITa hIASAn DuNIA..

ASSALAMULAIKUM..



~ Dalam garang seorang wanita pasti ada lembutnya ~
~ Semarah - marah seorang wanita pasti akan hilang jua ~
~ Dalam benci seorang wanita , pasti ada kasih sayang jua ~
~ Dan menyayangimu tidak bererti dia menunjukkannya ~
~ Kerana lumrah seorang wanita mempunyai sifat malu ~
~ Kerana kelembutan seorang wanita merupakan fitrah tercipta ~
~ Jadi hargailah dia dan bimbinglah dia ke arah jalan Nya ~

*WANITA hiasan dunia yg plg b'harga~ ^____^




salam cinta

28 February, 2012

LagU kenAngaN timE stdy..

ASSALAMUALAIKUM..


hye korg..
nie lagu kenangan mizz time stdy dlu.
ade someone bg lgu nie.. ade bnyk lgik.. tpi yg best lgu nieh. lahh..
tbe2 teringt lgu nie..urmm klu korg follow mizz dri awl lgik.. ase nye mizz ade post kn lirik2 lgu yg di beri oleh someone tuh.. try lah cri okeh!!! kikikiki..tettt!!!
n yg pasti mizz rndu kat someone yg  dtg smlm..
huhuhu...



oklah... layan je lah lgu nie..
best kn kn kn..
dAAAAAAAAAAAAAAA!!

salam cinta

nak turun kan berat bdan(dalam erti kata diet lah beb)!!

ASSALAMUALAIKUM..


hye korg!!.. sehat?? urm mizz sehat hendak nyek je..
okeh tdi mizz ade terbace satu tips diet nie..n mizz copy kn untuk korg sume..
tips nie mmg berkesan lah sbb tuan web tuh mengamal kn nye..tak caye??
haaaa korg tgk nie!!
so pade sape yg nk diet tuh meh lah reramai mnggunakn tips ini okeh..



Biasenye penurunan berat badan yang mendadak akan berlaku ketike induction,dan lebih bagus jike diteruskan berterusan untuk jangke mase yg lame...


Semasa 2 Minggu Induction:


1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya.


2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.


3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.


4.) Elakkan Buah-buahan



5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)


6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.


7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam....


8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.


9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


********************************************************


Boleh Makan:


1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.


2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...


3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.


4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.


5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..


6.) Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..


7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..


8.) *edit...jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi..kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal,4keping rm8..ade bran nak beli? huhu



10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.



Diingatkan! Air bole cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k... AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong...


Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak...huhu




Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!


Contoh sarapan / Breakfast 1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb) 2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb) 3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb) 4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)


Makan Tengahari / Malam 1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb) 2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb) 3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb) 4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb) 5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)



Carb = Karbohidrat Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!


Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !


InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu,hasil yg mendadak akan kelihatan...fuyoh!


tips nie di copy dari sini!!!

okehh lah.. selamat mencuba yea..
mizz pon bru nk cbe.. kikikkiki
daaaaaaaaaaaaaaaaaaa



salam cinta

27 February, 2012

Fakta tentang ibu anda !!

ASSALAMUALAIKUM..







Ramai orang cakap masakan ibu sendiri adalah yang paling sedap , pendek kata memang tak boleh lawan la dengan ibu orang lain . sedangkan mungkin bagi orang lain masakan itu biasa-biasa sahaja :D

Tapi tahu tak kenapa anda sentiasa rasa masakan ibu anda yg paling sedap? sebab.. apabila seorang wanita itu memasak , dia memasak dengan sepenuh hati.. umpama kasih sayangnya diadun bersama rempah masakan tersebut...

"Kenapa sedap sangat ni mak masak?" Sebab ada kasih sayang seorang ibu dalam masakan tersebut ...orang lain rasa tak sedap , sebab mereka tak dapat rasa kasih sayang tu ♥

♥ Like dan SHARE sebagai tanda kita SAYANG kat IBU kita ♥


(aidil bersame mak tok @ cherating.. )

sekadar hiasan.. itu lah mak mizz.. 
weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
daaa



salam cinta

21 February, 2012

tAPi!!!

ASSALAMUALAIKUM...



saya pernah setia,tapi diduakan....
saya pernah percaya, tapi dikhianati....
saya pernah mencintai, tapi disakiti.....
saya pernah jujur, tapi ditipu.....
juga saya pernah berharap, tapi harapan tu sia2......


salam cinta

20 February, 2012

ToLOnG!!

ASSALAMUALAIKUM..



Tolong jangan curi hati ini jika tak tahu nak jaga ,
Tolong jangan curi hati ini jika tak tahu nak hargai ,
Tolong jangan curi hati ini jika ingin melukai,
Tolong jangan curi hati ini jika ingin membuat diri ini merana,

jangan jadi pencuri hati yang kejam yang boleh menyebabkan hidup seseorang sengsara ♥ ♥ ♥



salam cinta

17 February, 2012

keBahgiAn kitA berbezA deNGaN kebAhagiAn meREka..

ASSALAMUALAIKUM..


hey awk2 sume..ari nie mizz ade perkongsian utk sume..
mizz ade terbce dri senaskah buku..
buku yg kcik dari pemberian pensyarah tersyg mizz..
sblum abis sem 4 mse mizz stdy..

hurmmm okeh meh dgr rmai2 okeh..

JANGAN SAMPAI KAMU BERSEDIH HATI 
TERHADAP APA YANG LUPUT DARI KAMU
DAN JANGAN PULA KAMU BANGGA DENGAN
APA YANG TELAH KAMU DAPAT..

siapa yg mengatakan bahawa sesungguhnya muzik yang melalaikan, nyanyian yang hodoh,
filem2 wayang yang merosakan, pertunjukan teater yang mengkhayalkan, majalah2 luncah dan termasuk filem2nya akan mendatangkan kebahagian dan kesenangan??

orang yang berkata demikian adalah pembohong, semua ini adalah sarana yang menjerumuskan, membuka jalan kesedihan, menjadi pintu kegundahan, kecemasan dan kesediahan hati.. dengan benar2 mengakui bahawa perkara tidak  bermanfaat, maka pergilah dari kehidupan yang menyegsarakan ini, kehidupan yang tidak berguna, membuang2 waktu dan penuh deangan rang yang telah melencong dari jalan Allah yang lurus, kemudian bertaubat darinya.

sebab itu harus lah menjauhi dari pola kehidupan yang celaka yang menyengsarakan ini, iaitu kehidupan orang yang suka dengan main2 dan melakukan perkara2 yang tidak berguna dan menyimpangkan dari jalan Allah yang lurus.

bacalah Al Quran dengan khusyuk, membaca buku2 yang bermafaat, nasihat yang melelehkan air mata, khutbah yang menyentuhkan hati, bersedekah yang menguntungkan dan bertaubat dengan sebenar2nya. pergilah ke majlis2 rohani, berzikir, semoga Allah menganugerahkan taubat kepada diri sehingga dia memenuhi hati diri dengan ketenangan, kedamian dan kebahagian..


(BEKALAN)
QALBU YANG BERSIH ADALAH QALBU YANG
 TIDAK MENGANDUNGI SYIRIK TIPUAN, DENGKI 
DAN IRI HATI DI DALAMNYA.

urmm.. arap ade lah yg sudi membace nye..
perkongsian yg membawa kebahagian pada kowg sume..
dan juga utk diri mizz..

ok lah daa...
salam cinta

15 February, 2012

hATi..

ASSALAMUALAIKUM..


~ pesan pada hati usah terlalu membenci akan satu wajah,kerana rindu pasti bertandang.
~ pesan pada hati jangan merindu pada kenangan,kerana pasti akan mengalirkan airmata kesedihan.
~ pesan pada hati jangan dikenang-kenangkan akan cinta yang lalu,kerana akan ada kecewa yang hadir.....♥



salam cinta

tIDAK MEnGAPa...

ASSALAMUALAIKUM..



• Tidak mengapa jika awak tidak cantik, janji perangai awak comel...
• Tidak mengapa jika awak tidak kaya harta, janji awak kaya dengan budi bahasa...
• Tidak mengapa jika awak tidak pandai berkata-kata, janji awak jujur dan tepati janji...
• Tidak mengapa jika awak tidak pandai membaca buku, janji awak memahami orang yang sayangi awak...
• Tidak mengapa jika awak tidak ada cinta, janji awak tidak melupakan ibu bapa awak..




salam cinta

13 February, 2012

SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL

ASSALAMULAIKUM...




Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)



salam cinta

SAYA tak BANGGA!!

ASSALAMUALAIKUM..

Saya tak bangga kalau pasangan saya ada PhD sekalipun,
Saya tak bangga kalau pasangan saya belajar di luar negara sekalipun,
Saya tak bangga kalau pasangan saya bergaji besar sekalipun,
Dan saya pun tak bangga kalau pasangan saya hensem sangat,

Tetapi saya pasti berbangga jika dia ada AGAMA lalu dia MENGAMALKANNYA ♥



salam cinta

12 February, 2012

♥iloveyou

ASSALAMUALAIKUM...



 biarpun ayat2 CINTA itu sudah tua, rapuh, luluh dan lusuh..yg pasti
CINTA itu tetap segar..mekar dan semakin dalam..

……………………………♥iloveyou
……………………………♥iloveyou
…………………………♥iloveyou
..........………….♥iloveyou
.......…………♥iloveyou
………….♥iloveyou
………♥iloveyou
…..♥iloveyou
…♥iloveyou
♥………………………..♥….♥iloveyou
♥……………………..♥………..♥iloveyou
♥………………….♥…………….♥iloveyou
..♥……………….♥………………♥iloveyou
…♥………..…ALLAH...………♥iloveyou
…..♥…………………………..♥iloveyou
……..♥…………………….♥iloveyou
………..♥……………….♥iloveyou
…………..♥…………..♥iloveyou
………………♥…….♥iloveyou
…………………♥..♥iloveyou
…………………..♥iloveyou

salam cinta

11 February, 2012

jODoHKu.

ASSALAMUALAIKUM..



•✿• dan jika aku bukan untukmu..

☻♥☻
/█\ /█\
.||. ||. •.♥•

..bkn kerna aku tak syg
..bkn jua kerna org tua kte..
..bkn pula kerna kamu tak mcintai aku..
sungguh tiada khilaf kte syg bila hati saling mnyayangi..mrindui..

walau..
SEKUAT mana kte sama2 setia..
SEHEBAT mana kte sama2 merancang..
SELAMA mana pun aku menunggu kamu..

jika ALLAH swt tdk menulis kamu jodohku..kte tetap tdk akan bsama..
kte perlu akur ea syg..redha utk mnerima sgala kemungkinan..
kerna realitinya syg, ALLAH swt pemilik nyawa dan jiwa kte..
segala2nya ketentuan dr_NYA..

..namun jauh disudut hati..
aku selalu bdoa semoga kamulah jodohku


salam cinta

rEDhA..

ASSALAMAUALAIKUM..


☻♥☻
/█\ /█\
       .||.  ||. •.♥• 
.. terkadang

..yg kte dapat tdk semestinye yg kte pinta..

..yg kte minta belum tentu yg terbaik buat kte..

..yg kte rase baik bg kte tak semestinya ALLAH swt suka..

jd belajarlh redha apa yg kte ada..mgkn itu yg terbaik buat kte..
walaupun itu bukan yg kte minta dan suka.




salam cinta

CinTa miLik Ku..

ASSALAMUALAIKUM...



•✿• bila rasa sayang membelenggu..CINTAI aku dalam diam
dr kejauhan penuh kesederhanaan dan keikhlasan.. ツ

wahai cinta hati..
ketika dirimu resah dalam menanti kehadiranku..
berdoalah pada ALLAH swt dan mintalah hanya kpd_NYA
mohonlah pada DIA yang berhak..
milikilah jiwaku kerna_NYA..
milikilah hatiku dengan izin ALLAH swt..
milikilah cintaku..diriku kerna agama_NYA..

bila saja dirimu tlah bsedia maka dapatilah aku kerna_NYA dan aku tetap menantimu penuh sabar.



salam cinta

8/2.. hepy besday to my mum!!!

ASSALAMUALAIKUM..

hey korg..
huhuh.. cite lme... bru nk post
bukn ape mizz gle2 bz lorhh..
nk wt cm ne kn kn kn!!


HAPPY BIRTHDAY 
TO MY MUM..
semoga pnjang umur dan murah rezeki..
aminnn...


nyum..nyummm..nyuuumm...
sedap kek tuhh...
mkn pasti terangkat..
hehehhehehe

korg jgn jels tau.. mizz mkn kek  tuh puas2..
sbb kt umh tak rmai owg pon..
ank2 buah je..
haaaaa mizz lawan mkn ngan ank buah lahhh..
yg pasti mizz lah mkn bnykk!!!
kikikikiki

ok lah daaaaaaaaaaaaaaaaaa

salam cinta

07 February, 2012

rINdUKu..

ASSALAMUALAIKUM..


saya : jangan datang !!!
rindu : nakkk jugakkkkk!
saya : jangannn! saya tak suka!
rindu : takk, awak perlukan saya!
saya : saya tak nakk *tapi dengan nada yang semakin kendur dan slow, ada esak di situ*
rindu : kenapa awak tak nak saya?
saya : sebab bila awak ada, saya rasa sedih, sebab awak ingatkan saya pada dia,,
rindu : awak kan sayang dia,,
saya : memang saya sayang dia,,
rindu : sebab awak sayang dia lah awak perlukan saya ,,kalau awak tak suka saya, maknanya awak tak sayang dia,,
saya : tak takkkk, bukan macam tu,,
rindu : habis tu, macamana?
saya : sebab… sebab… saya nak dia selalu dengan saya. sebab tu saya tak perlukan awak. awak tak boleh pun buatkan dia datang dekat saya sekarang.
rindu : awak, awak dengar sini,,>>
“rindu itu sangat manis bila manusia boleh merasainya.. ia datang bila dua manusia berjauhan dan rindu itu melengkapkan rasa sayang yang ada antara mereka”...




salam cinta

SyuRga CintA

ASSALAMUALAIKUM..


♥ percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yg sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dlm keberkatan sehingga sampai ke SYURGA CINTA-MU ya Allah ♥

" Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa." (Al-Furqan 25:74")

~~ I ♥ الله ~~

copy by : fb


salam cinta

06 February, 2012

salam maulidur rasul...

ASSALAMUALAIKUM..


Salam maulidur rasul untuk umat islam di dunia ini..
same2 lah kite hayati maulidur rasul pada tahun ini..


tahun 1433 masihi..


salam cinta

waahh!!! baru nampak!!!

ASSALAMUALAIKUM..


hey korg?? dah mkn??
kikiki ade ke patut  tanye dh makan ke belum..
tngah2 mlm nie..ish..ishh..
tapi ade gak kn yg mkn tgah mlm cm gni..huhu
korg sehat??.. urmm  klu sehat tuh alhamdulillah..
mizz pon sehat2 jep..
urmm...

korg pasan tak ape yg berubah kt blog vurok mizz nie..
agk2 chumel tak perubahan nie..
ade tak chumel cm mizz
kikikiki
perasan jep ko mizz..
sila tium mizz sesuka haty!!!
adew ke nk tium ko???
perasan gilakk kamu mizz...
weeeeeeeeeeeee!!! kesah plak ko??

agk korg ok tak header mizz tuh??
atau yg nie  ok..


haa...!! korang rase mne ok??
huhu..
mizz pon tak tau dh nk pilih mne..
dah syok wat header kn..
huhuhu...

tak pe lahh bile ase dh bosan nnty mizz tukar lah plak 
kn kn kn??
urmmm...
ok lahhh... 
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..




salam cinta

04 February, 2012

lOVe

ASSALAMUALAIKUM..

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
───-──-─-▄▀▀▀▄▄▄▄▄▄▄▀▀▀▄
───-───-─█▒▒░░░░░░░░░▒▒█
───-───-──█░░█░░░░░█░░█
───-──-▄▄──█░░░▀█▀░░░█──▄▄
──-──-█░░█─▀▄░░░░░░░▄▀─█░░█
█▀▀█────█▀▀▀▀▀▀▀█─█▀▀█─█▀▀█─█▀ ▀▀▀▀█ █──█────█───────█─█──█─█──█─█─ ─▄▄▄█ █──█────█──█▀█──█─█──█─█──█─█─ ─█▄▄▄ █──█────█──█▄█──█─█──█▄█──█─█─ ─█▀▀▀ █──▀▀▀█─█───────█─█▄▄───▄▄█─█─ ─▀▀▀█ █▄▄▄▄▄█─█▄▄▄▄▄▄▄█───█▄▄▄█───█▄ ▄▄▄▄█



salam cinta

02 February, 2012

♥♥

ASSALAMUALAIKUM


Wanita tidak seharusnya menjadi bulan yang boleh ditatap semua, 
tetapi perlu menjadi matahari yang silaunya akan membuat adam 
tertunduk sebelum memandangnya.. 

salam cinta

jANGAN..

ASSALAMUALAIKUM..


♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.


-Ustaz Azhar Idrus



salam cinta

01 February, 2012

sekEjaP jerkk!!!

ASSALAMUALAIKUM..



haii korgg.. sehat tak??
urmm lme dh mizz tak up to date blog yg usang n vurok nieh kn..
urmm ye lahh.. bukn de sape pon nk jengah blog mizz niehh..
huhuuhu..
bukn best pong kn kn kn!!!...

urmmm kejap je kn dah msuk bulan feb 2012..
ari nie 1.feb. 2012..
aishh kejab nye mase berlalu..
urmm..

skunk pon mizz kembali single..
dah skunk judak..
mizz dh mule cepat bosan ngan lelaki2 yg mule nk rapat ngan mizz..
soryy bro..
korg terkena tempias buatan owggg..
ape kn daya kn kn kn???

urmmm..
redha itu ikhlas 
pasrah itu  !!!
ape ntahh.. korg smbung je lahh..
(motip sbnrnye mizz lupe ayt last)
hahahaha..
tolong lempang mizz ngan rela haty okehh!!!!

adew ke yg nk lempang mizz yg cumellg cute nie
(sudah perasan lgikk))
hahahha
mmg patut kne lempang..
weeeeeeeeeeeeeeee!!..

kihkihkih...
ok lahh...
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

pinjam dri uncle google
pic tanpa motip..
kihkihkih



salam cinta