19 October, 2011

weeeeeeeee!!!

Seorang wanita yang sarat mengandung bertemu Doktor disebuah klinik swasta, wanita itu berusia 21 tahun:

Doktor, saya ada masalah, baru sahaja 10 bulan lepas saya melahirkan anak pertama saya dan sekarang jarak mereka amatlah dekat.

Baiklah, apa yang awak nak saya lakukan Puan?

Boleh tak kalau doktor tamatkan kandungan saya ini? Saya berharap sangat dengan bantuan doktor.

Doktor itu kemudian berfikir sejenak dan berkata:
"Puan, baiklah, ini cadangan saya, paling mudah dan kurang merbahaya untuk Puan"

Wanita itu tersenyum gembira selepas mendengar jawapan doktor tersebut.

Kemudian doktor itu menyambung, "nampaknya awak tidak sanggup untuk menjaga 2 bayi serentak bukan? Maka untuk itu, cadangan saya, kita tamatkan riwayat anak yang puan sedang dukung itu. Jika kita bunuh dia, puan masih boleh ada seorang lagi bayi untuk dijaga dan tidak menyakitkan puan, Setuju?".

Wanita itu membentak. "Doktor dah gila?!!! Kenapa saya nak kena bunuh bayi yang dah lahir ni. Kan jenayah membunuh tu!"

"Ya, saya setuju dengan cakap puan, ianya satu jenayah untuk membunuh bayi"

Doktor itu kemudian tersenyum dan meninggalkan perempuan itu keseorangan di bilik rawatannya...

Di akhir pertemuan diluar kliniknya, doktor itu berlari mendapatkan wanita itu dan berkata

"Tiada bezanya membunuh bayi yang sudah lahir dan masih di dalam kandungan, Ia masih kejam dan bersabit jenayah"

Kongsikan penulisan ini jika anda setuju.
Hentikan pengguguran bayi dalam kalangan rakyat Malaysia

Bersamalah menyelamatkan nyawa insan tidak berdosa

No comments:

Post a Comment