13 October, 2011

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?


Jika seorang lelaki menyatakan hasrat kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan

 wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum 

tahu atau tidak kenal pihak lelaki?


JawapanMakna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki 

menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata 

setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.


Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan 

kamu sebagai isteriku.""Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.


Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi 

tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. 

Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak 

haram.


Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk 

lelaki meminang perempuan?Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan 

hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?Namun tiada 

masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila 

seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang 

isteri.


Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?Mengikut hukum syarak, jika 

perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan 

oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah 

dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat 

mengahwininya.


Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti 

belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' 

tersebut.Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang 

tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

No comments:

Post a Comment