27 October, 2011

˙·٠•●❤ CINTA ILLAHI ❤●•٠·˙





Bismillahirrahmanirrahim.....

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ 
❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤

Kecantikan alam ciptaan ALLAH memang tiada tolok bandingnya..sangat sempurna.. Sedang aku memerhatikan.. SubhanALLAH... Sedang aku memerhati keajaiban alam ini... Aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah DIA sajikan untuk setiap makhlukNYA. Aku duduk bersandar dan tiba-tiba terasa KEHADIRANNYA di sisiku...

DIa bertanya kepadaku, " ADAKAH KAMU MENCINTAI AKU? Aku menjawab, " sudah tentu! Engkau Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMU."

Kemudian DIA bertanya lagi, " JIKA KAMU DITAKDIRKAN CACAT ANGGOTA, ADAKAH KAMU AKAN MENCINTAIKU?
Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, " tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku tetap akan mencintaimu."

Kemudian DIA bertanya lagi, " JIKA KAMU DITAKDIRKAN BUTA, ADAKAH KANU AKAN MENYAYANGI SEGALA CIPTAANKU? Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang du dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan masih mencintai ALLAH dan segala ciptaanNYA. Lantas aku menjawab, " amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yag sedemikian rupa, namun begitu ak kan tetap mencintaiMU Ya ALLAH."

DIA bertanya lagi. " JIKA KAMU DITAKDIRKAN PEKAK, ADAKAH KAMU AKAN TETAP MENDENGAR KEPADA KATA-KATAKU? Bagimana muungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggnakan telinga; tetapi menggunakan hati. Aku jawab," walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaMU."

DIA menyambung lagi, " JIKA KAMU DITAKDIRKAN BISU ADAKAH KAMU AKAN TERUS MEMUJIKU?
Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara. Aku terfikir kemudian yang ALLAH mahu kita memujiNYA dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimana bunyinya. Kemudian aku menjawab," sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMU, aku akan tetap memujiMU."

Dan DIA terus bertanya lagi, "ADAKAH KAMU BENAR-BENAR mENYINTAIKU? Dengan nada yang tegas dan penuh keberanian, aku jawab," Ya benar Tuhanku. Aku menyintaiMU kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar."

Tetapi... DIA terus bertanya lagi, " KALAU BEITU KENAPA KAMU MASIH MELAKUKAN DOSA. Aku jawab " kerana aku cuma mamusia biasa yang selalu lalai. Aku tidak sempurna...aku bukan maksum."

"KALAU BEGITU KENAPA KETIKA KAMU SENANG DAN GEMBIRA, KAMU LUPAKAN AKU? KAMU LARI JAUH DARIPADAKU, DAN KENAPA KETIKA KAMU SUSAH DAN MAHUKAN BANTUAN, KAMU TERUS INGAT KEPADA AKU; KAMU DATANG DEKAT DAN MERAYU KEPADA AKU??."

Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku. DIA sambung lagi, " MENGAPA KAMU BUAT BEGINI..KADANG-KADANG SUJUD MENYENBAHKU, DAN KEMUDIAN MEMBELAKANGKANKU; TIDAK PEDULIKANKU? MENGAPA KAMU HANYA DATANG MENCARIKU HNAYA KETIKA KAMU MENGINGATIKU? MENGAPA KAMU MEMINTA PADAKU SEDANG KAMU TIDAK SETIA KEPADAKU??."

Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan..atau alasan..namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

DIA berkata lagi, " KAMU DIBERIKAN SEBUAH KEHIDUPAN. AKU JADIKAN DIRIMU KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN BERBANDING ORANG LAIN UNTUK KAMU BERJUANG DI JALANKU, TETAPI KAMU TETAP BERPALING DARI JALANKU. AKU TUNJUKKAN KEPADAMU KATA-KATAKU SEBAGI PANDUAN KAMU DALAM HIDUP INI, TETAPI KAMU TIDAK MAHU MEMPELAJARI ATAU MENGHAYATINYA. AKU TURUNKAN PESURUHKU, TETAPI KAMU TIDAK AMBIL PEDULI KETIKA SUNNAHNYA DITINGGALKAN. AKU DENGAR SEGALA PERMINTAANMU DAN RAYUANMU KEPADAKU....DAN SEMUANYA TELAH AKU PERKENANKAN DENGAN PELBAGAGAI CARA."

SambungNYA lagi, "KINI ADAKAH KAMU MENYINTAIKU??"

Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Dalam tidak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamtkan diriku. Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran air mata mengalir di kedua-dia belah pipiku,aku merintih, " Oh Tuhanku...ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMU YA ALLAH."

Kemudian DIA menjawab, " SIFATKU PENGAMPUN...BARANGSIAPA YANG MEMOHON KEAMPUNAN DARIKU, NESCAYA AKU AMPUNKANNYA. DAN AKU AMPUNKAN KAMU WAHAI HAMBAKU.."

Aku bertanya kepadaNYA, " mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpn aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali?"

DIA menjawab " KERANA KAMU ADALAH CIPTAANKU. AKU SEKALI-KALI TIDAK AKAN MENGABAIKANMU. APABILA KAMU MENANGIS AKU KAN BERSIMPATI KEPADAMU DAN MENDENGAR SEGALA RINTIHANMU. APABILA KAMU BERASA GUNDAH DAN KESEPIAN, AKU AKAN MEMBERIKANMU SEMANGAT. APABAILA KAMU KELETIHAN AKU AKAN MEMBANTMU. AKU AKAN TETAP BERSAMA-SAMAMU HINGGALAH KE HARI AKHIR DAN AKU AKAN MENYAYANGIMU SELAMA-LAMANYA.

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.
¸❤

No comments:

Post a Comment